Thursday, 10 September 2015

Cinta Allah kekal abadi

"Cintakan bunga, bunga kan layu. Cintakan manusia, manusia kan pergi"


Cinta. 1 perkataan yg terkandung byk perasaan. Ketawa, gembira, sedih, kecewa. Semua itu cinta. Xsemua cinta itu adalah bahagia. Sedih juga, tetap cinta. Itu adalah perumpaan cinta bagi mereka yg mencintai selain daripada Allah swt.

Cinta yg benar2 cinta. Cinta yg membawa bahagia. Cinta yg membawa ke syurga, hanyalah cinta kpd Pencipta. Allah swt. Allah swt xkan pernah sia2kan hambaNya yg bersungguh mencintaiNya. Allah swt xkan pernah kecewakan hambaNya yg benar2 berkorban segalanya demi mendapatkan cinta dari Allah swt. Kebahagiaan, kemanisan dan ketenangan cinta hanya diperoleh daripada Allah swt.


"Sy akan terus mencintai kamu selagi kamu terus mencintai Allah"


Thursday, 3 September 2015

Solat Tahajjud

Besarnya Ganjaran Solat Tahajjud
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip

Tuesday, 9 September 2014

Calon suami idaman hati


Ya. Betul.  Setuju sgt! Jadilah diri sendiri..  Selama aku hidup.  Selama aku berkawan,  aku xpernah jadi orang lain..  Aku sentiasa jadi diri aku sendiri   ....  Aku gembira...  :)  aku bahagia jadi diri sendiri :)

Aku ada beberapa kisah hati y ingin dikongsi...  Cubalah roll on ayat seterusnya...  :)

Allah dah banyak temukan aku dengan beberapa 'calon suami'...  Seyesly semuanya baik2.... :)  y aku paling suka...,  semuanya alim2...... Aku ingin sekali menyayangi mereka seperti mereka meletakkan rasa kasih terhadap aku di hati mereka...  Tapi,  aku...  Aku xmampu nak lakukan perkara y sama...  Its okay!  Neway,  itu adalah keinginanku...  Impianku...  Allah cuba beri kesempatan supaya ruh aku lebih bersemangat utk berubah ke arah lebih baik...  Allah hadirkan seorang demi seorang....

Bayangkan lah... Setiap pagi sebelum subuh,  'calon-calon'  ni akan ajak aku bersama2 tunaikan solat subuh.... Siapa xterpikat? Gila bhgia kot hri2 solat xtinggai.... Aku dpt rsa kpuasan solat... Kadang2 kejutkan aku utk solat sunat tahajjud....  Mereka bknlah drp keluarga alim ulamak..  Ttpi mereka juga cuba utk berubah dan mereka istiqamah...  Knp aku xmmpu nak istiqamah?  Knp?

Jauh di sudut hati aku sebenarnya rasa menyesal sgt...  Sbb..... Sbb xmmpu nak balas rasa kasih &  syg mereka...  Calon terengganu...  Seorang y sgt baik hati.. Suka menolong orang... Suka nasihat menasihati ke arah kebaikan... Suka mengajak berbuat amalan2 y dituntut  islam.. Kacak... Sgt bijak dlm pelajaran... Hormat semua orang...  Tak pernah tinggai semayang....  :(  ohh no!  Aku sedih..  Aku xmampu nak sayangi beliau...  Skrg,  tiada lagi aku dikejut utk solat setiap pagi...  Tiada lagi nasihat2 ke arah kebaikan...  Sebab... . Sebab hatinya sdh diberi kpd sesorang.... Aku tahu dia sgt setia... Awk,  sy fhm hati awak y xmampu lagi utk tunggu jawapan samada boleh terima awak atau tidak...  Aku jadi diri aku sendiri....  Aku xpernah menipu walau sekecil perkataan ttg diri sy.. Aku penuh dgn kekurangan... Apa pun....  Aku cuma mampu redha.... Bhwa dia bkn milik aku...  Aku xlayak pon utk memiliki insan sebaik dia....  Aku sedih!  Tapi itulah takdir.. :(  doaku semoga hidup awak akan menjadi lebih bersinar dgn kehadiran si dia...  Lebih bahagia dgn balasan cinta suci si dia..  :(

Calon dri selangor plk... Dah jadi seorang pendidik....  Tak ku sangka2 akan dipertemukan dgn seorang guru...  Guru bknlah idaman hatiku... Tapi hatinya y penuh dgn ilmu agama itu keinginanku.... Aku sempat jatuh hati &  mungkin cinta pd si dia..  Namun semuanya cuma seketika....  Aku percaya ada baiknya hubungan kami cuma sesingkat 2bulan shj...  Apa y aku dpt dgn kehadirannya dlm hidupku adalah....  Ilmu....  Ilmu y mematangkan fikiran.. Ilmu y menambah iman di dada...  Ilmu y mengangkat martabat manusia...  Ilmu y mengatur tutur bicara..... Ilmu y mengajar erti hidup selamanya... Ilmu adalah segala2nya.... Bagi aku dialah mr perfect aku...  Tapi setelah segala bibit2 manis perkenalan kami berakhir... Aku sedar itu semua khayalan..  Takde seorang pun kat dunia ini perfect!  :)  apa pun...  Aku puji sikap dia... Seorang y sgt disiplin dgn stiap kata2nya....seorang y sgt tegas dgn cita2nya... &  apa y lebih ttg dia adalah dia sgt penyayang....  Terlalu penyayang....  Sgt alert dgn stiap tingkah lakuku... Sgt alert dgn sgala keinginanku.. Aku redha atas perpisahan kita.. Moga awak mendapat insan y lebih sempurna sbgai calon isteri awak...  Dengar2...dah nak bertunang hujung tahun ini?  Tahniah...!  Moga majlis awak diredhai Illahi.. Amiin.. :)

Nampak tak... Kisah hati aku... Sebenarnya ramai lagi alim ulama' y pernah singgah dlm hidup aku...  Cuma 2 org ni shj y beri kesan di hati aku...  Kdg2 aku terfikir jugak.. Knp Allah hadirkan org y baik2 itu cuma sekejap shj?  &  knp org2 y baik itu tdk dpt ku genggam selamanya...?  Adakah aku tidak menghargai kehadiran mereka?  Adakah sikap aku teruk dan tidak setanding sikap baik mereka...  Ya Allah.. Peliharalah hati aku... lindungilah aku dari godaan dunia... Dan temukanlah aku dgn org2 baik y mampu bawa aku bersama mereka menuju jalan y baik...  Aku sangat perlukan pertolongan ya Rabb....  :(

"Jadilah dirimu sendiri,  seseorang y sesuai dgn kata hati,  bukan seseorang y ingin dilihat oleh dia y kamu cintai"

Sunday, 13 July 2014

" Susah kan nak istiqamah? "


 Lihat sendiri lah. Pakaian ku. Penampilanku. Masih sama. Macam dulu. Susahkan untuk terus beristiqamah?

Hati ingin berubah. Tapi perlakuan masih sama. Kata alim ulama. Perubahan diri datang dari hati yang ikhlas. Sejauh manakah ikhlasnya hati aku? Aku sendiri curiga dengan hati sendiri. Aku terlalu bergantung dengan orang, dengan situasi. Entah di mana letaknya keyakinan diri aku.

Apa pun aku cuba. Hari demi hari. Aku cuba kuatkan hati. Aku cuba untuk ubah pmikiran hati aku terlebih dahulu. 

Aku sangat mngharapkan mudah-mudahan Allah temukan aku dengan insan2 yang baik. Yang ingin mencari ilmu Allah seiring dengan niat ikhlasku. Amin

Tuesday, 22 April 2014

AKU INGIN BERUBAH :'(


Allah Maha Pengampun
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, “Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya jika tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan lenyapkan kamu semua, dan di gantikan dengan kaum yang melakukan dosa, lalu mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah mengampunkan mereka”.
 

SAYA BETUL II NAK BERUBAH :'(

Aku percaya. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Yang bahagia itu kenangan. Yang derita itu pengalaman. ^_0

Aku percaya. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Yang bahagia itu kenangan. Yang derita itu pengalaman. ^_0


Aku percaya. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Yang bahagia itu kenangan. Yang derita itu pengalaman. ^_0

Aku percaya. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Yang bahagia itu kenangan. Yang derita itu pengalaman. ^_0

Aku percaya. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Yang bahagia itu kenangan. Yang derita itu pengalaman. ^_0