Aku tidak semulia Khadijah, tidak setakwa Aisyah, apatah lagi setabah Fatimah.
Wednesday, 11 December 2013
Kemenangan Islam
29 Mei 1453 Tarikh Keramat Kemenangan Islam Di Turki
Dicatat oleh
Ikhwanul Muslim
Assalamualaikum..
Salam Perjuangan
Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih
iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah
bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada
30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di
Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah
Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan
kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada
umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.
Muhammad
II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah
pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma
Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan
dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki,
Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.
Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin
Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin
Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut
menentang tentera Mongol).
Malah
sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah
S.A.W:
“
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang
menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah
sebaik-baik tentera.
Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti
ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman
kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok
Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan
ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah:
"Aku
mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan
dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar
derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan
memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh
baginda."
ejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan
dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi
peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah
pemilihan tenteranya.
Baginda
merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu
Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga
menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar
nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama
tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di
atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah
meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak
pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al
Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud &
rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia
Kejatuhan Constantinople merujuk kepada penawanan ibu kota Empayar Byzantine oleh Empayar Uthmaniyyah pada hari Selasa, 29 Mei 1453 (Kalendar Julian). Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek. Kejatuhan Constantinople juga mempercepatkan penghijrahan sarjana-sarjana Greek yang membawa bersama ilmu pengetahuan mereka ke Eropah dan menyemarakkan lagi kebangkitan Renaisans. Selain itu, kejadian ini memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan politik Empayar Uthmaniyyah dan peluasan empayar ini ke Mediterranean Timur dan Balkan.
Tarikh ini
adalah salah satu tarikh yang dicadangkan untuk menunjukkan berakhirnya
Zaman Pertengahan.
Constantinople atau Byzantium (hari ini Istanbul), dibina oleh
Constantine Agung sebagai ibu kota pada tahun 330 AD dan berfungsi
sebagai pusat Empayar Byzantine selama berabad-abad lamanya. Dalam lebih
kurang 1,100 tahun kewujudan Empayar Byzantine, Constantinople telah
diserang banyak kali tetapi hanya dapat ditawan sekali ketika Perang
Salib Keempat dalam tahun 1204.
Kejatuhan Constantinople kepada tentera salib melahirkan Empayar Latin
yang tidak stabil di Constantinople. Empayar Byzantine berpecah kepada
beberapa negeri-negeri Greek seperti Nicaea, Epirus dan Trebizond.
Negeri-negeri ini bersatu menentang kuasa Latin tetapi bergaduh sesama
sendiri merebut takhta Byzantine.
Kerajaan
Nicaea adalah kerajaan Greek pertama yang menawan kembali Constantinople
dari orang Latin pada tahun 1261. Dua abad seterusnya, Empayar
Byzantine yang lemah menghadapi ancaman dari orang Latin, Serbia,
Bulgaria dan Turki Uthmaniyyah.
Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan
sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira
tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan
ketika Perang Khandak. Sabda baginda SAW: ”Sesungguhnya Costantinople
itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan
sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
Pada awal
kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama
Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal
dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu
pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan
bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah
pimpinan Timurlane telah menyerang Empayar Uthmaniyyah. Ini memaksa
Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara
dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang
Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun
1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Costantinople
terhenti untuk beberapa ketika.
Cubaan Sultan Murad II
Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan
Costantinople.
Beberapa
usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa
yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine
telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha
Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di
zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan
Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah.
Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan
Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang
bersemangat dan cukup latihan.
Baginda
juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus
iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini,
mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat
tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang
Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal
menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam.
Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan
terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah
kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan
perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang
dibuat dengan kerajaan Hungary, Venice dan Galata yang berjiran dengan
Byzantine.
Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan
pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan
dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople
bermazhab Ortodoks.
Demi
mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab
untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda
berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan kesediaan Byzantine tunduk
kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan
kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.
Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat
Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu
masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal
daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453.
Baginda
dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil
menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di
sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya
memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa
yang mengawal pintu masuk.Tentera Byzantine berusaha keras menghalang
tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka.
Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan
halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.
Sultan
Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa
kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai
raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada
mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas
melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya
menarik 70 kapal dari pantai.
Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Maharaja
Constantine XI mati bersama penyokong baginda dari Genoa dan penduduk
kota. Muhammad II dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih atau di
barat sebagai Muhammad si Penakluk.
Saya Jiwa Marketing
Aku memang minat sangat pemasaran. Minat ni pun baru je timbul sejak aku dah belajar 4 tahun dekat UUM, Sintok. Aku tak mintak pun nak dapat kos pemasaran kat UUM. Mungkin itu lah yang paling sesuai dan terbaik untuk aku. Jadi, aku accept Kos tersebut kerana mempercayai bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik. :)
Ha, ni aku nak kongsi la sikit pasal Branding= Jenama.. Semua jenama II yang familiar korang semua pernah dengar. Ce bace,, Ce bace... :)
Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula
Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.
Coca-Cola
Produk
yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan
di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat
jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith
Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam
golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di
medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi
pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk
penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut
permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika
Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan
minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola
di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula
dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik
perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola
pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton
juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya
dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5
bilion.
IBM
Microsoft
Google
GE (General Electric Company)
McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang
merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu
banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu
kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi,
kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat
kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang
datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc
membeli keseluruhan McDonald kafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney
tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan
sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai
etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan
setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.
Intel
Nokia
siapa sangka Nokia berasal daripada syarikat kertas?????
Disney
Hewlett Packard
Toyota
Mercedes Benz
sebuah basikal beroda tiga bertukar kepada sebuah kereta yang gah di mata dunia
Gillette
CISCO
BMW
sebenarnya BMW adlah kapal terbang.. haha.. kantOi.. :)
Louis Vuitton
Apple
Marlboro
Ohhh... rokok untuk wanita ea???.....
Samsung
yes, actually barang elektrik
Honda
Pepsi
American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
Nike
saya sangat suka NIKE!!!!!! :) :) :)
Friday, 6 December 2013
Got Dekan?
1st masuk UUM , al mmg main2 sgt.. belajar ntah ke mana. bercinta jew koje.. n xhabis2 dgn bersukan.. ^_^ sampai la aku last sem dekat UUM. Xbercinta, main, xmain, bercinta.... hehe..
Tapi, Alhamdulillah, dgn izin Allah s.w.t. ak dpt rasa sedikit sebnyak kejayaan atas pengajian aku selama 4tahun di UUm ni. Sejak semester ke 3, ak dijemput sebgai penerima Anugerah Timbalan Komandan. Atas sokongan mama, keluarga dan kawan-kawan.. dapatla juga kecapi kejayaan walau sekecil langkah, sedepa jarak.
Malam ni merupakan malam terakhir aku menerima Anugerah Pencapaian Akademik oleh Mejar Norzilah Hj Aziz as Timbalan Komandan Palapes UUM. Semua kwn2 yang dapat pointer 3.0 ke atas dijemput utk hadir sekali. malangnya, aku dgn kakyat ja y mempunyai masa terluang untuk menghargai usaha belajar & menyokong program yang dianjurkan ini..
TAHNIAH ALEEZA sbb berjaya kekalkan pointer 3.0 ke atas. Semua ini adalah berkat usaha, doa dan keredhaan Illahi dalam menimba ilmu pengetahuan. Alhamdulillah.
Tapi, Alhamdulillah, dgn izin Allah s.w.t. ak dpt rasa sedikit sebnyak kejayaan atas pengajian aku selama 4tahun di UUm ni. Sejak semester ke 3, ak dijemput sebgai penerima Anugerah Timbalan Komandan. Atas sokongan mama, keluarga dan kawan-kawan.. dapatla juga kecapi kejayaan walau sekecil langkah, sedepa jarak.
Malam ni merupakan malam terakhir aku menerima Anugerah Pencapaian Akademik oleh Mejar Norzilah Hj Aziz as Timbalan Komandan Palapes UUM. Semua kwn2 yang dapat pointer 3.0 ke atas dijemput utk hadir sekali. malangnya, aku dgn kakyat ja y mempunyai masa terluang untuk menghargai usaha belajar & menyokong program yang dianjurkan ini..
TAHNIAH ALEEZA sbb berjaya kekalkan pointer 3.0 ke atas. Semua ini adalah berkat usaha, doa dan keredhaan Illahi dalam menimba ilmu pengetahuan. Alhamdulillah.
bergambar dgn rumet dan jiran tetangga
timbalan pengarah projek a.k.a budak comel
rumet dan dayah geng basikal
kakyat dekan pendidikan bba
bersama jiran y comel!
timbalan komandan a.k.a pensyarah ekonomi
bersama sayangku rumet, che fatini
CITRA (~_*)
Nama diberi Norhanis Aleeza. Tapi kawan2 panggil Aleeza, or Eza or Elza or Za.. makin singkat, makin singkat nama sy dipotong.. :) saya xkisah, mana2 pon. Asalkan kwn2 suka, sy pn selesa.. :) Saya xcantik, saya xlawa, sy biasa2 ja.. Saya cuma ingin berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik n lebih muslimah. InsyaAllah.. :) Saya xbesar mana pon.. saya kecik ja.. kecik sgt2... kwn2 mmg suka pggil sy kecik.. hehe... Comel kan.. hek3. Saya suka berkawan. Saya suka bercerita... :) n y paling saya suka ialah BERSUKAN! sgt suka. Hari2 bersukan pon xpa... :) Utk pengetahuan, saya org penang noe.. hehe.. Org pmtg pauh.. Kawasan HOT. :) Apa2 pn, sy ucapkan selamat berkenalan tok semua kwn2. Salam Ukhwah! :)
Subscribe to:
Comments (Atom)













